Tuesday 27 September 2011

HARI PAMERAN PROJEK Sains, Teknologi, dan Masyarakat

Pada 27/09/2011 (SELASA), kami menyertai pameran projek Sains anjuran pelajar 8 PISMP SAINS Ambilan Januari 2008. Pameran bermula dari 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di hadapan Jbtn Sains IPG Kampus Pend. Teknik, KL.

Jutaan penghargaan diucapkan kpd pensyarah subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat (SCE 3114); Dr. Siti Hendon Sheikh Abdullah dan Dr. Norizan kerana bimbingan yang diberikan kepada kami semua dalam pelaksanaan projek ini.

Alhamdulillah....Hasil projek kami iaitu Exhaust Filter dan projek Mengkaji Kesan Asap Terhadap Tumbuhan berjaya dipamerkan dengan jayanya. Sambutan yang diberikan oleh pengunjung sangat memberangsangkan.

Terima kasih kepada para pengunjung booth pameran kumpulan kami yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar yang telah berikan feedback yang berguna untuk kami menambahbaik projek kami ini.

1 comment: